assalamualaikum.
wahai sahabat-sahabatku, antunna semua dah bacakan hadith di atas. berdasarkan hadith tersebut, terdapat beberapa fadhilat ramadhan yang boleh kita ketahui :
1. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada haruman kasturi di sisis Allah.
2. ikan-ikan di lautan beristigfar ke atas orang yang berpuasa.
Bukan itu sahaja fadhilatnya, ada lagi. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, “Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan.”
3. Syaitan-syaitan durjana dirantai supaya tidak menggoda mereka.
4. dibuka pintu syurga.
5. ditutup pintu neraka.
6. Pada malam terakhir ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan.
7. terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan (lailatul qadar)
sebenarnya banyak lagi fadhilat yang terdapat dalam bulan ramadhan. tak terkira banyaknya untuk ana menyenaraikan semua. sabda rasulullah :
“Jika umat manusia itu mengetahui akan kelebihan yang ada di dalam bulan Ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu sebagai bulan Ramadhan.”
jika anda mempunyai sifat inkuiri atau sifat ingin tahu yang kuat tentang ini, anda boleh lah bertanya kepada ustaz atau ustazah ataupun cari dalam internet. jadi, selamat beramal. :)
barakallahufik.
No comments:
Post a Comment