Assalamualaikum W.b.t dan selamat sejahtera semua,
Ramadhan sudah hampir tiba, hari ini saya ingin berkongsi tentang makanan-makanan sunnah nabi yang kita boleh praktikkan harian untuk menjaga kesihatan kita bersama, dan inshaAllah mendapat pahala dengan niat yang betul.
Rajah di atas adalah contoh-contoh Makanan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W.
Manfaat Mengamalkan Makanan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W:
- Mendapat ganjaran Pahala
- Menambahbaik Kesihatan Fizikal
- Sebagai perubatan secara alami
- Mendapat keberkatan
Berikut adalah ayat-ayat al-Quran yang menyebut tentang kurma:
- Allah memerintahkan Maryam Menggoncang pohon kurma untuk mendapatkan rutab (kurma basah) sebagai makanan pemulihan selepas melahirkan Nabi Isa A.s ( Surah Maryam, 19:25)
- Nikmat Bumi;
"Kemudian Kami tumbuhkan untuk kamu dengan air itu, kebun-kebun tamar (kurma) dan anggur. Kamu beroleh dalam kebun-kebun itu (berbagai jenis lagi.) buah-buahan yang banyak, dan dari kebun-kebun itulah kamu beroleh rezeki menghidupan kamu." (Surah Al-mu'minun 23:19)
- Makanan Syurga
"Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan Kamu, yang kamu hendak dustakan" (Ar-Rahman (55:68-69))
2. Madu
Menurut kajian saintis, Madu adalah pemanis semula jadi yang bertindak sebagai ejen antibakteria, anti-virus dan dapat meningkatkan imuniti.
Dengan minum madu dapat merawat secara alami demam, selsema dan batuk.
"Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan & dimudahkan kepadamu." (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusua (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir. (An-Nahl (16:69))
3. Susu
Susu ialah sumber nutrisi lengkap yang sangat baik untuk kesihatan tulang, gigi, dan otot kerana kandungan kalsium, protein, dan vitamin D yang tinggi.
Ayat Al-quran yang berkaitan:
"Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibabr. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah; (iaitu) susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang meminumnya."
(An-Nahl (16:66))
