Wednesday, February 11, 2026

Makanan-Makanan Sunnah Nabi (Part 1)

 



Assalamualaikum W.b.t dan selamat sejahtera semua,

Ramadhan sudah hampir tiba, hari ini saya ingin berkongsi tentang makanan-makanan sunnah nabi yang kita boleh praktikkan harian untuk menjaga kesihatan kita bersama, dan inshaAllah mendapat pahala dengan niat yang betul. 

Rajah di atas adalah contoh-contoh Makanan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W. 

Manfaat Mengamalkan Makanan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W: 
  1. Mendapat ganjaran Pahala
  2. Menambahbaik Kesihatan Fizikal
  3. Sebagai perubatan secara alami 
  4. Mendapat keberkatan 





1. Kurma 

Berikut adalah ayat-ayat al-Quran yang menyebut tentang kurma: 

  • Allah memerintahkan Maryam Menggoncang pohon kurma untuk mendapatkan rutab (kurma basah) sebagai makanan pemulihan selepas melahirkan Nabi Isa A.s ( Surah Maryam, 19:25)

  • Nikmat Bumi; 
"Kemudian Kami tumbuhkan untuk kamu dengan air itu, kebun-kebun tamar (kurma) dan anggur. Kamu beroleh dalam kebun-kebun itu (berbagai jenis lagi.) buah-buahan yang banyak, dan dari kebun-kebun itulah kamu beroleh rezeki menghidupan kamu." (Surah Al-mu'minun 23:19)

  • Makanan Syurga 
"Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan Kamu, yang kamu hendak dustakan" (Ar-Rahman (55:68-69))


2. Madu

Menurut kajian saintis, Madu adalah pemanis semula jadi yang bertindak sebagai ejen antibakteria, anti-virus dan dapat meningkatkan imuniti. 

Dengan minum madu dapat merawat secara alami demam, selsema dan batuk.

"Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan & dimudahkan kepadamu." (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusua (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir. (An-Nahl (16:69))



3. Susu

Susu ialah sumber nutrisi lengkap yang sangat baik untuk kesihatan tulang, gigi, dan otot kerana kandungan kalsium, protein, dan vitamin D yang tinggi. 

Ayat Al-quran yang berkaitan:

"Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibabr. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah; (iaitu) susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang meminumnya."
(An-Nahl (16:66))