Friday, August 19, 2011

Kenapa masih melakukan dosa ?



assalamualaikum .

antunna semua tahu kan, pada bulan ramadhan ini, syaitan-syaitan dirantai. tapi, kenapa kita masih melakukan dosa ?

okey, biar ana yang jawabkan untuk antunna semua. dalam badan setiap manusia mempunyai jin yang diberi nama Qari . Semua Qari dalam setiap diri manusia adalah Qari Kafir kecuali Qari Rasulullah S.A.W. Kerja Qari ini sama seperti syaitan iaitu menyesatkan kita. tetapi , jgn bagi alasan itu sebagai sebab antunna tidak boleh berkelakuan baik. LA` ! dengan kekuatan iman yang kita ada, dengan adanya Allah yang sentiasa ada tiada kemusykilan untuk kita melawan jin tersebut.

Ala kulli hal, mari kita jadi baik sama-sama supaya kita sentiasa dipandang oleh Allah. Maknanya Allah sayang dekat kita. Subhanallah. :)

barakallahufik.

3 Bahagian Ramadhan

assalamualaikum.



Berlalu sudah bahagian pertama bulan Ramadhan yang dipenuhi dengan rahmat Allah. Umat Islam memasuki fasa kedua Ramadhan yang dipenuhi dengan keampunan dari Allah. Sepuluh hari kemudian kita akan memasuki pula bahagian yang ketiga iaitu pembebasan dari siksa api neraka.

selamat beramal. :)

barakallhufik.

LAILATUL QADAR



10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.

Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".
(surah al-Qadr)

Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.

TANDA-TANDA LAILATUL QADAR

Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:

- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonnya makbul.

Oleh itu, jom kita semua cari malam ini. memandangkan kita sudah berada pada 10 malam yang terakhir, sesuai sangatlah untuk kita mencarinya. semoga kita semua diberkati. :)

barakallahufik

Perkara-perkara Yang Membatalkan Puasa

1. Makan,minum dan bersetubuh pada siang hari.

2. Memasukkan sesuatu ke dalam lubang rongga seperti hidung, telinga dan mulut walaupun tidak mengenyangkan.

3. Muntah dengan sengaja.

4. Keluar Haid bagi kaum perempuan.

5. Mengeluarkan air mani dengan sengaja (bukan melalui mimpi.

6. bersalin.

7. Hilang akal atau mabuk pada siang hari .

8. melihat bulan syawal.

9. Murtad.

perkara-perkara tersebut kita wajib hindari sekeras-kerasnya jika kita umat islam. :)

barakallahufik .

Perkara-perkara Makruh yang Dilakukan ketika berpuasa

1. berkumur-kumur dan menggosok gigi ketika gelincir matahari.

2. Memasukkan air ke dalam hidung secara berlebihan.

Mengeluarkan perkataan kotor dan sia-sia.

4. Memandang dan mencium bunga atau bau-bauan.

5. Berbekam, jika berbekam itu melemahkan badan.

6. Merasa makanan dengan lidah.

7. mengunyah benda keras/liat yang tidak boleh hancur seperti getah dan sebagainya.

ana harap perkara-perkara ini kita dapat atasi dengan mudah. :)

barakallahufik.

Sunat-Sunat Puasa Ramadhan


1. Menyegerakan berbuka (seelok-eloknya dimulakan dengan buah kurma (Tamar) atau sesuatu yang manis.



2. MelambatkanMakan sahur.

3. Menjauhi perkara-perkara yang kotor dan maksiat.

4. Mengerjakan solat terawih pada tiap-tiap malam bulan ramadhan.

5. Berdoa dan zikir pada setiap malam sesudah terawih dan witir.

6. Tadarrus (membaca Al-Quran)




7. Iktikaf di Masjid pada 10 malam terakhir.

8. Memperbanyakkan Sedekah.

9. Membaca Doa berbuka puasa.

selamat beramal. :) barakallahufik.

Adab Menyempurnakan Ibadah Puasa Pada bulan ramadhan



assalamualaikum.

1 Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya.

2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia.

3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhah terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.

4. Berusaha menjaga ke semua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia.

5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejernihan lapar dan dahaga.

6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat.

7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan ramadhan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah & mengingat-Nya sebaik mungkin.

8. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya.

9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air.

10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya.

harap kita semua dapat beramal dengan perkara-perkara tersebut agar ibadah puasa kita lebih sempurna. insyaallah.

barakallahufik.

Fadhilat Ramadhan



assalamualaikum.

wahai sahabat-sahabatku, antunna semua dah bacakan hadith di atas. berdasarkan hadith tersebut, terdapat beberapa fadhilat ramadhan yang boleh kita ketahui :

1. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada haruman kasturi di sisis Allah.
2. ikan-ikan di lautan beristigfar ke atas orang yang berpuasa.

Bukan itu sahaja fadhilatnya, ada lagi. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, “Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan.”

3. Syaitan-syaitan durjana dirantai supaya tidak menggoda mereka.
4. dibuka pintu syurga.
5. ditutup pintu neraka.
6. Pada malam terakhir ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan.
7. terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan (lailatul qadar)

sebenarnya banyak lagi fadhilat yang terdapat dalam bulan ramadhan. tak terkira banyaknya untuk ana menyenaraikan semua. sabda rasulullah :

“Jika umat manusia itu mengetahui akan kelebihan yang ada di dalam bulan Ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu sebagai bulan Ramadhan.”

jika anda mempunyai sifat inkuiri atau sifat ingin tahu yang kuat tentang ini, anda boleh lah bertanya kepada ustaz atau ustazah ataupun cari dalam internet. jadi, selamat beramal. :)

barakallahufik.

RAMADHAN KAREEM



assalamualaikum w.b.t

alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. kini kita semua berada dalam bulan yang penuh dengan keberkatan, maghfirah dan rahmat Allah iaitu bulan ramadhan. Ini lah bulan yang ditunggu-tunggukan oleh para muslimin kerana pada bulan ini banyak pahala yang dapat dikumpulkan untuk bekalan ila jannah . subhanallah, ya rahman, ya rahim.

Jadi, jom. mari kita ramai-ramai kumpulkan sebanyak mungkin pahala bulan ini dengan perbanyakkan ibadah lillahi ta'ala. seperti berdoa, berzikir, perbanyakkan solat sunat dan banyak lagi lah. amalan wajib jangan ditinggalkan pula. ana nak masuk syurga sama-sama dengan antunna semua. ^_^ Semoga kita lebih diberkati pada bulan yang mulia ini.

barakallahufik.