Wednesday, February 11, 2026

Makanan-Makanan Sunnah Nabi (Part 1)

 



Assalamualaikum W.b.t dan selamat sejahtera semua,

Ramadhan sudah hampir tiba, hari ini saya ingin berkongsi tentang makanan-makanan sunnah nabi yang kita boleh praktikkan harian untuk menjaga kesihatan kita bersama, dan inshaAllah mendapat pahala dengan niat yang betul. 

Rajah di atas adalah contoh-contoh Makanan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W. 

Manfaat Mengamalkan Makanan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W: 
  1. Mendapat ganjaran Pahala
  2. Menambahbaik Kesihatan Fizikal
  3. Sebagai perubatan secara alami 
  4. Mendapat keberkatan 





1. Kurma 

Berikut adalah ayat-ayat al-Quran yang menyebut tentang kurma: 

  • Allah memerintahkan Maryam Menggoncang pohon kurma untuk mendapatkan rutab (kurma basah) sebagai makanan pemulihan selepas melahirkan Nabi Isa A.s ( Surah Maryam, 19:25)

  • Nikmat Bumi; 
"Kemudian Kami tumbuhkan untuk kamu dengan air itu, kebun-kebun tamar (kurma) dan anggur. Kamu beroleh dalam kebun-kebun itu (berbagai jenis lagi.) buah-buahan yang banyak, dan dari kebun-kebun itulah kamu beroleh rezeki menghidupan kamu." (Surah Al-mu'minun 23:19)

  • Makanan Syurga 
"Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan Kamu, yang kamu hendak dustakan" (Ar-Rahman (55:68-69))


2. Madu

Menurut kajian saintis, Madu adalah pemanis semula jadi yang bertindak sebagai ejen antibakteria, anti-virus dan dapat meningkatkan imuniti. 

Dengan minum madu dapat merawat secara alami demam, selsema dan batuk.

"Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan & dimudahkan kepadamu." (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusua (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir. (An-Nahl (16:69))



3. Susu

Susu ialah sumber nutrisi lengkap yang sangat baik untuk kesihatan tulang, gigi, dan otot kerana kandungan kalsium, protein, dan vitamin D yang tinggi. 

Ayat Al-quran yang berkaitan:

"Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibabr. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah; (iaitu) susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang meminumnya."
(An-Nahl (16:66))




Friday, August 19, 2011

Kenapa masih melakukan dosa ?



assalamualaikum .

antunna semua tahu kan, pada bulan ramadhan ini, syaitan-syaitan dirantai. tapi, kenapa kita masih melakukan dosa ?

okey, biar ana yang jawabkan untuk antunna semua. dalam badan setiap manusia mempunyai jin yang diberi nama Qari . Semua Qari dalam setiap diri manusia adalah Qari Kafir kecuali Qari Rasulullah S.A.W. Kerja Qari ini sama seperti syaitan iaitu menyesatkan kita. tetapi , jgn bagi alasan itu sebagai sebab antunna tidak boleh berkelakuan baik. LA` ! dengan kekuatan iman yang kita ada, dengan adanya Allah yang sentiasa ada tiada kemusykilan untuk kita melawan jin tersebut.

Ala kulli hal, mari kita jadi baik sama-sama supaya kita sentiasa dipandang oleh Allah. Maknanya Allah sayang dekat kita. Subhanallah. :)

barakallahufik.

3 Bahagian Ramadhan

assalamualaikum.



Berlalu sudah bahagian pertama bulan Ramadhan yang dipenuhi dengan rahmat Allah. Umat Islam memasuki fasa kedua Ramadhan yang dipenuhi dengan keampunan dari Allah. Sepuluh hari kemudian kita akan memasuki pula bahagian yang ketiga iaitu pembebasan dari siksa api neraka.

selamat beramal. :)

barakallhufik.

LAILATUL QADAR



10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.

Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".
(surah al-Qadr)

Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.

TANDA-TANDA LAILATUL QADAR

Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:

- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonnya makbul.

Oleh itu, jom kita semua cari malam ini. memandangkan kita sudah berada pada 10 malam yang terakhir, sesuai sangatlah untuk kita mencarinya. semoga kita semua diberkati. :)

barakallahufik

Perkara-perkara Yang Membatalkan Puasa

1. Makan,minum dan bersetubuh pada siang hari.

2. Memasukkan sesuatu ke dalam lubang rongga seperti hidung, telinga dan mulut walaupun tidak mengenyangkan.

3. Muntah dengan sengaja.

4. Keluar Haid bagi kaum perempuan.

5. Mengeluarkan air mani dengan sengaja (bukan melalui mimpi.

6. bersalin.

7. Hilang akal atau mabuk pada siang hari .

8. melihat bulan syawal.

9. Murtad.

perkara-perkara tersebut kita wajib hindari sekeras-kerasnya jika kita umat islam. :)

barakallahufik .

Perkara-perkara Makruh yang Dilakukan ketika berpuasa

1. berkumur-kumur dan menggosok gigi ketika gelincir matahari.

2. Memasukkan air ke dalam hidung secara berlebihan.

Mengeluarkan perkataan kotor dan sia-sia.

4. Memandang dan mencium bunga atau bau-bauan.

5. Berbekam, jika berbekam itu melemahkan badan.

6. Merasa makanan dengan lidah.

7. mengunyah benda keras/liat yang tidak boleh hancur seperti getah dan sebagainya.

ana harap perkara-perkara ini kita dapat atasi dengan mudah. :)

barakallahufik.

Sunat-Sunat Puasa Ramadhan


1. Menyegerakan berbuka (seelok-eloknya dimulakan dengan buah kurma (Tamar) atau sesuatu yang manis.



2. MelambatkanMakan sahur.

3. Menjauhi perkara-perkara yang kotor dan maksiat.

4. Mengerjakan solat terawih pada tiap-tiap malam bulan ramadhan.

5. Berdoa dan zikir pada setiap malam sesudah terawih dan witir.

6. Tadarrus (membaca Al-Quran)




7. Iktikaf di Masjid pada 10 malam terakhir.

8. Memperbanyakkan Sedekah.

9. Membaca Doa berbuka puasa.

selamat beramal. :) barakallahufik.